HALAMAN 2

Khamis, 16 Januari 2014

TUGASAN SEMASA CUTI - TINGKATAN 1 CERDIK & 1 BESTARI 2014

Assalamualaikum W.B.T , salam sejahtera dan salam gemilang.

Kepada semua pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari tahun 2014.

Cikgu berikan tugasan yang pertama untuk tahun ini..Semoga pelajar-pelajar cikgu yang comel, cerdik dan bijaksana ini dapat memahami tugasan dan menyiapkan mengikut masa yang ditetapkan


Tugasan:

a)  SALIN nota Aspek Kajian Komponen sastera ini dalam buku latihan
Komsas - Antologi Kasut Kelopak Jantung

b)  Tinggalkan 3 helai muka surat pertama untuk jadual senarai latihan .
     tuliskankan latihan bil 1 - Aspek kajian komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas)..tarikh bergantung kepada pelajar sendiri.

c)  Sila hantar buku latihan pada hari Isnin 
d)  Nota akan dibincangkan semasa sesi pelajaran dan pengajaran nanti.
e)  Sekiranya ada pertanyaan sila tuliskan di ruangan 'komen' di bahagian bawah tugasan .

Sekian, terima kasih.

NOTA
ASPEK KAJIAN KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)

Skop Kajian Teks Sastera

1. SINOPSIS:
     Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah
    novel atau cereka.  Ringkasan mestilah memasukkan peristiwa pada bahagaian              permulaan , kemuncak dan peleraian cerita secara ringkas.

2. TEMA : 
     -    Idea utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penulis
     dalam  sesebuah karya.

-       Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas
                tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.

-       Oleh sebab itu tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah
                karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.

-       Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, ka.sih sayang dan sebagainya


3. PERSOALAN: 
    -   Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya
     mereka yang ada hubungannya dengan tema.

-       Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

PEMIKIRAN
-       Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.

-        Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.


4. Plot : 
   Jalinan peristiwa atau jalan cerita dalam sesebuah karya sastera yang terjadi berdasarkan hukum SEBAb   dan AKIBAT.  Terdiri daripada 4 peringkat :
   a)    eksposisi/permulaan cerita 
   b)    perkembangan dan perumitan cerita
   c)    klimaks/kemuncak cerita dan 
   d)    peleraian/penyelesaian masalah.

5. Watak : 
    Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau 
    pelakon cereka yang yang dicipta oleh seseorang pengarang. 
    .

6. Jenis-jenis Watak

a)    Watak Utama : 
           Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.

b)   Watak Sampingan:
           Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak Utama.
      
          c)  Watak Antagonis
         Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu  karya.

             d)    Watak Protagonis
     Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang           murni dalam sesuatu karya.

           e)     Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya                dijelaskan secara terperinci.

          f)     Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat        dalam sesuatu karya.

            g)     Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya    berkembang dan sering berubah.

            h)    Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau       fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.

            i)     Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.
     
7. Latar :
    "Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana 
    sesuatu peristiwa itu berlaku.

8. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa

9. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi
      zaman,  musim dan masa.

10. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa 
      dalam cereka berlaku

11.  Nilai Murni:
       unsur-unsur bernilai baik/positif yang boleh dicontohi dalam kehidupan

12.  Mesej/Pengajaran/Amanat 
       Unsur atau perkara yang boleh dijadikan peringatan, pedoman dan 
       pengajaran kepada pembac
Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca 
     tertanya-tanya  mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/
     perlahan kepada orang lain.

4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian
     seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.

5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya 
     dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan

6.  Prolog /Prakata: Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk 
     seperti puisi, nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah 
     seorang pelakon.

7.  Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh 
     diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun. 

8. Teknik Pemerian:Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang 
     suasana latar  dan peristiwa yang dialami oleh watak.

9.  Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalka /
      membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat 
        kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
       mengembangan sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu ‘aku’
       seringkali digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar 
       daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang 
       kerap menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.

15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.
- nada melankolik ( murung/sedih )
- nada romantis ( percintaan/keindahan)
- nada protes ( tentangan/ sanggahan )
- nada sinis ( mengejek/mempersenda )
- nada patriotik (semangat kebangsaan)

1 ulasan:

Cikgu Kalsom berkata...

Sila komen di sini sekiranya ada soalan ye. tq