HALAMAN 2

Isnin, 18 Ogos 2014

NOTA NOVEL MELUNAS RINDU : WATAK DAN PERWATAKAN



1.WATAK UTAMA

     FUAD

Perwatakan Fizikal

1.      Seorang pemuda berusia 27 tahun. Berbangsa Cina Melayu.
2.      Nama asalnya Abdul Halim  dan Joshua
3.      Lulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti terkenal di Amerika Syarikat
4.      Anak kepada Robert Lim dengan Mariana
5.      Guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
6.      Anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah
7.      Anbang seibu dengan Farhana dan abang sebapa dengan Sofea

Sifat

1.      Penyabar
·         Fuad amat sabar apabila berhadapan dengan sikap Mak Salmah yang tidak menegurnya kerana masih marah akan tindakannya melarikan Sofea (anak angkat Mak Salmah). Fuad terus sahaja tinggal di rumah Mak Salmah   walaupun Mak Salmah tidak bertegur sapa dengannya.

2.      Bertanggungjawab
·         Fuad melaksanakan tugasnya sebagai guru dengan penuh tanggungjawab. Fuad mengadakan kelas bimbingan selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan Lima walaupun terpaksa pulang lewat.

3.      Tabah
·         Fuad tabah menjalani hidupnya yang penuh cubaan. Dia berpisah dengan ibu sejak kecil dan tidak pernah mengenali ibunya.  Fuad mengalami dugaan yang hebat mengetahui farhana yang dicintainya ialah adiknya sendiri tetapi dengan tabah menerima kenyataan malah memujuk Farhana agar banyak bersabar.

4.      Penyayang
·         Fuad amat menyayangi Peter Lim , bapa saudaranya yang telah membelanya sehingga dewasa. Fuad pulang ke Sungai Ruan untuk menziarahi Peter Lim dan adik-adik sepupunya.

5.      Amanah
·         Fuad melaksanakan tugas sebagai guru dengan amanah . Fuad tidak pernah ponteng tugas mengajar malah sentiasa bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya.

6.      Kuat /taat beribadat : taat perintah agama
·         Fuad tidak pernah meninggalkan solat .Fuad berhenti si sebuah masjid di Kemaman untuk menunaikan solat zuhur sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan.

7.      Pemurah/suka membantu
·         Fuad menanggung semua perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Masinah.
·         Fuad membelikan sebuah motosikal untuk memudahkan Pak Ismail ke kedai dan menghadiri kenduri bersama-sama Mak Salmah.

8.      Prihatin/mengambil berat
Fuad amat mengambil berat tentang diri Farhana terutama semasa Farhana menghadapi masalah menjaga ibunya yang sakit. Fuad sanggup menemani Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospital.


FARHANA

Perwatakan Fizikal

Seorang gadis berusia 25 tahun.
Guru dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di SMK Seri Setia.
Lulusan jurusan Pendidikan dari United Kingdom
Anak sulung daripada 5 orang adik beradik ;Muhammad Fikri, Muhammad Fadil, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal.
Anak kepada pasangan Fakrudin dan Mariana

Sifat/Perwatakan

1.      Bertanggungjawab
Farhana seorang anak yang bertanggungjawab. Dia sanggup bercuti semata-mata mahu menjaga ibunya yang sering sakit.

2.      Penyayang
Farhana seorang anak dan kakak yang penyayang. Waktu cuti sekolah dihabiskan bersama-sama keluarganya di Taman Tas , Kuantan, Pahang.

3.      Tegas
Farhana amat tegas semasa berkerja. Dia tidak menyukai sikap Cikgu Zamani yang sering ponteng kelas dan sering menegur sikap Cikgu Zamani sehingga berlaku pertengkaran di dalam bilik guru.

4.      Periang
·         Farhana seorang gadis yang periang, mudah bergurau dengan sesiapa sahaja dan sering ketawa.
·         Farhana secara bergurau meminta Fuad duduk di kerusi ketika berbincang kerana Fuad yang tinggi menyebabkannya terpaksa mendongak untuk melihat Fuad.



PAK ISMAIL

Perwatakan Fizikal

Suami Mak Salmah
Bapa angkat Fuad dan Sofea
Pembimbing Fuad dalam hal agama
Bekas pekerja Robert Lim
Bapa angkat kepada anak Robert Lim dan Susan iaitu Sofea

Sifat /perwatakan

1.      Penyayang
Seorang suami yang penyayang. Pak Ismail menjaga Mak Salmah yang sakit akibat kematian anak mereka Sofea

2.      Taat perintah agama
Tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau.


3.      Bertanggungjawab
·         Seorang bapa angkat yang amat bertanggungjawab. Dia membimbing Fuad mendalami bacaan Al-Quran dan amalan hidup Islam.
·         Mengajar Fuad membaca Al quran selepas solat Maghrib di surau.

4.      Tidak berdendam/baik hati
·         Pak Ismail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik setelah Robert Lim menerangkan tujuan kedatangannya pada suatu malam. Robert Lim dipelawa naik ke rumahnya dan Pak Ismail bersama-sama Robert Lim dan Chin ke Kuantan untuk mengesahkan cerita Fuad tentang Mariana


MAK SALMAH

Perwatakan Fizikal

1.      Isteri Pak Ismail
2.      Ibu angkat kepada Sofia


1.      Baik hati
Menjaga makan minum Fuad dengan baik walaupun masih marah akan tindakan Fuad melarikan Sofia dari jagaannya.

2.      Penyayang
Mak Salmah amat menyayangi Sofia sehingga jatuh sakit selama sebulan selepas kematian Sofia

3.      Taat akan suami
Mak Salmah tidak membantah tindakan Pak Ismail membenarkan Fuad tinggal bersama-sama mereka waaupun dia amat marah akan perbuatan Fuad melarikan Sofia.

4.      Taat perintah agama
Mak Salmah menunaikan kewajipan bersolat dengan tekun. Ketiaka Fuad sampai ke rumah pada waktu Maghrib, Mak Salmah baru sahaja selesai solat Maghrib.
Mak Salmah menunaikan umrah bersama-sama Pak Ismail, Mariana dan Fuad di Mekah.

MARIANA

1.      Ibu kepada Farhana dan Fuad
2.      Berkahwin dengan Robert Lim dan Fakrudin
3.      Anak kepada Osman
4.      Tinggal di Lembah Klau
5.      Ditinggalkan oelh Robert Lim setelah 3 bulan berkahwin
6.      Berpenyakit semput
7.      Mengalami depresi selepas melahirkan Abdul Halim (gila meroyan)


Sifat /perwatakan

1.      Penyayang
·         Sayang akan anak-anaknya iaitu Farhana dan 4 orang adik Farhana
·         Amat merindui dan mengingati Abdul Halim walupun sudah 27 tahun berpisah.

2.      Amat mengambil berat tentang anak-anaknya
o   Sentiasa bertanya Farhana tentang kesediaannya untuk berkahwin
o   Sentiasa mengharapkan Farhana mendapat suami yang bertanggungjawab
o   Berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya dengan baik semasa dia ke Mekah mengerjakan umrah bersam-sama Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah.

3.      Perahsia
·         Mariana amat berahsia tentang masa silamnya dengan Robert Lim daripada pengetahuan Farhana dan adik-adik Farhana.


CIKGU ABAS

PERWATAKAN Fizikal

1.      Guru Penolong Kanan 1 SM Seri Setia.



Sifat/perwatakan

1.      Prihatin
·         Amat prihatin akan masalah pelajar Tingkatan Lima yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris lalu mengambil langah memujuk Fuad menjadi guru sandaran di SM Seri Setia.

2.      Tegas
·         Seorang yang tegas ketika melaksanakan tugas. Beliau menluahkan rasa tidak puas hati tentang sikap guru yang tidak bertanggungjawab ketika melaksanakan tugas dan dengan tegas memberitahu guru-guru tentang tindakan yang akan diambil jika guru-guru di SM Seri Setia masih tidak menjalankan tugas dengan betul.

3.      Pandai memujuk
·         Cikgu Abas berupaya memberi keyakinan kepada Fuad untuk memberi khidmat sebagai guru sandaran walaupun Fuad tidak ada langsung pengalaman mengajar sebelum ini.

4.      Bertanggungjawab
·         Cikgu Abas amat bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas. Dia sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru dengan baik.
·         Semasa berada di kantin, dia memerhati kelas Fuad dan amat berpuas hati dengan kesungguhan Fuad membantu pihak sekolah

5.      Robert Lim

PERWATAKAN
Bapa Fuad
Suami pertama Mariana
Berkahwin dengan Susan setelah meninggalkan Mariana
Mempunyai tiga orang anak dengan Susan
Bekas majikan Pak Ismail
Mengalami masalah dalam perniagaan
Mengalami krisis dengan Fuad kerana sikapnya yang tidak serius berpegang pada agama.
Adik beradik dengan Peter Lim
Menanggung perbelanjaan Peter Lim sekeluarga

Sifat
1.      Penyayang
·         Walaupun mengalami krisis dengan Fuad, dia masih memasukkan wang senyak RM200,000 ke dalam akaun Fuad kerana tahu Fuad tidak mempunyai pekerjaan.
·         Menghantar Chin untuk berjumpa Fuad bagi mengetahui perkembangan hidup Fuad.


FAKRUDIN

Bapa Farhana
Suami kedua farhana
Anggota tentera
Mengalami sakit usus sehingga menyebabkan kematian

1.      Bertanggungjawab
·         Membelikan sebuah rumah untuk Mariana dan anak-anak semasa sedang berkhidmat sebagai polis


2.      Penyayang
·         Amat menyayangi Mariana dan tidak pernah bertanya tentang masa silam Mariana sebaliknya menjaga Mariana dengan baik.



Nota rujukan II








Watak Utama
Fuad (Joshua atau Abdul Halim)

Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.

Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.

Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.

Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

Watak Sampingan

Farhana


Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun.

Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.

Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.

Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu.

Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.

Tiada ulasan: