HALAMAN 2

Ahad, 14 September 2014

TUGASAN BAHASA MELAYU SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 - TINGKATAN 1 CERDIK & 1 BESTARI 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 
cikgu ucapkan kepada semua pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari yang disayangi.
Selamat bercuti bermula 12.09.2014 hingga 20.09.2014.

Berikut ialah tugasan semasa cuti yang cikgu janjikan tempoh hari.

Arahan:
1.    Bagi pelajar tingkatan 1 Cerdik, sila buat tugasan dalam buku latihan Novel, 
2.    Bagi pelajar tingkatan 1 Bestari, sila buat tugasan dalam buku latihan                pemahaman.
3.    'Copy dan print' tugasan.  Kemudian tampalkan dalam buku latihan.
4.    Jawapan telah disediakan.  Pelajar hanya perlu membaca, memahami dan menulis semula jawapan menggunakan ayat yang lengkap dan sempurna.
5.    Soalan akan dibincangkan pada hari minggu pertama sekolah dibuka.


SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS  ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG
SET 1 -Drama Surat Untuk Ina

Baca petikan drama di  bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan pemahaman berikut.  Anda digalakkan  menggunakan struktur ayat yang betul dalan jawapan pemahaman.

BADAR :   Tadi, kau kata takut dilaporkankepada Cikgu Halil.

ZALI       :    Memang betul.  Aku takut Cikgu Halil.  Tapi, aku hendak berkawan  baik  dengan  pengawas itu.

JAIS       :    Surat yang kau tulis tu, kita letakkan dalam mejanya.  Apabila dia masuk ke kelas, dia akan  buka dan membacanya.  Selepas beberapa hari, kita lihat sahaja reaksinya.  Kalau dia diam dan tidak  hebohkan kepada rakan-rakan, bermakna dia setuju.

ZALI     :     (Mencelah) Kalau dia ceritakan kepada rakan-rakannya, macam mana?  Aniayalah aku!

BADAR:    (Menepuk bahu ZALI)  Kita atur rancangan lain pula!

ZALI      :   (Berangan )  Kalaulah aku dapat menjadi kawan baik Ina, pengawas tu, bertuahlah badan.  Dia murid yang bijak. Gadis yang cantik, lembut dan bersopan santun. Lengkap dengan ciri-ciri seorang wanita.  Aku boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-samanya.  Aku belajar pun , akan bertambah semangat.

BADAR:   (Menepuk bahu ZALI) Heh, jangan beranganlah!
                   Zali terkejut dan melenting.

JAIS      :   (Memberi isyarat tangan)  Syy!

Jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat yang lengkap.

(i)   Mengapakah Zali sangat ingin berkawan baik dengan Ina?              [4 markah]

-  Ina seorang pengawas 
-  Ina murid yang bijak 
-  gadis yang lengkap dengan ciri-ciri wanita iaitu cantik, lembut  dan bersopan            santun
-  Zali boleh mengulang kaji pelajaran bersama-sama
- Zali akan belajar dengan lebih bersemangat

(ii)  Nyatakan rancangan yang dicadangkan oleh Jais kepada Zali.    [3 markah]

-    meletakkan surat yang ditulis oleh Zali di dalam meja Zalina
-    Ina akan membuka dan membaca surat itu
-   mereka akan melihat reaksi Ina dalam beberapa hari
-   kalau Ina tidak menghebohkan perkara itu kepada rakan-rakan bermakna         Ina   bersetuju berkawan dengan Zali

i)                     (iii)   Jelaskan perwatakan Zali berdasarkan petikan drama.[4 markah]

            -   seorang yang penakut - contohnya Zali takut jika perbuatannya dilaporkan kepada cikgu Halil
            -  seorang yang suka berkawan - contohnya Zali sangat ingin berkawan dengan Ina
            -  seorang yang suka berangan - Zali berangan untuk menjadi kawan Zalina yang bijak dan cantik
        

S            (iv)   Sekiranya anda menjadi Ina, apakah tindakan yang akan anda ambil  setelah mendapati surat di dalam meja?           [4 markah]
        -   membuka dan membaca surat untuk mengetahui isi kandungannya dan siapa pengirimnya
        -   melaporkan perkara itu kepada guru supaya tindakan dapat diambil kepada orang yang mengirim surat tersebut

        (v)    Kemukakan tiga pengajaran yang diperoleh dari drama Surat Untuk Ina.       [4 markah]

        -  Sebagai seorang murid, kita hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. - contohnya Zalina mahu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak suka menerima surat daripada Zali

        - Kita hendaklah sanggup memaafkan kesalahan orang lain - contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya

       -  Sebagai murid, kita janganlah melanggar peraturan sekolah . - contohnya Zali melanggar peraturan sekolah dengan menulis surat kepaa rakan sekelasnya Ina.




       SET 2 - Drama Arah Ke Mana

        Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya.



       HAJI PAKIR:   (Memotong)   Tak bolehkah agaknya awak ambil tahu sedikit hal anak awak tu?

       HAJAH DERISAH:  Tak kuasa saya.  Si Rohani tu bukan budak-budak kecil lagi.  Bukan baru setahun dua umurnya!  Dah besar panjang!  Tahulah dia menjaga diri!

       HAJI PAKIR:  (Mencemik)  Ha ah!  Tahu jaga diri...dah besar panjang...Cakap memang mudah, Cik Aji!  Lidah ita ni tak bertulang awak tahu!  Kata awak tadi, pandai jaga diri ya?  Heh!  Pandai jaga diri seperti yang awak kata itulah yang menyebabkan dunia ni, sampai nak terbalik awak tahu!  Pandai jaga diri seperti yang awak kata itulah yang menyebabkan budak-budak zaman ini lepas bebas macam burung merpati?

       HAJAH DERISAH:  Eh, Bang Aji ni apa kenanya?  Dah tebiat ke?  Bukan-bukan yang awak cakap, apa hal? 

       HAJI PAKIR:  Saya geram tengok awak tu!  Sikap awak tak berubah-ubah dari dulu!  Dari muda sampai ketua macam ni, perangai awak, sikap awak pada anak sikit pun tak berubah!
      
      HAJAH DERISAH:  Bang Aji! Dah! Dahlah tu!  Hujung pangkalnya haram saya tak tahu.  tiba-tiba awak merutup tak tentu fasal ni kenapa?  Sampai saya pulak yang awak kata , tak berubah-ubah sampai ke tua ni!  Apa ni!

      HAJI PAKIR:  Hei, Cik Aji!  Kalau awak tak faham dengan cakap saya yang mudah itu, hah, baik saya terangkan.  Saya langsung tak berkenan dengan cara awak mendidik anak.  Awak tu terlalu memanjakan anak!  Apa budak tu mahu, awak berikan.  Apa dia nak buat , awak tak larang.  sikit pun awak tak larang.

                                        Antologi Kasut Kelopak Jantung, halaman 147 - 149

      (i)  Apakah alasan Hajah Derisah kerana tidak mengambil tahu hal anak perempuannya Rohani?                                                        [3 markah]

      -  anaknya Rohani sudah besar dan bukan budak-budak kecil lagi
      -  anaknya Rohani tahu menjaga dirinya sendiri

      (ii)  Mengapakah Haji Pakir tidak bersetuju dengan cara Hajah Derisah mendidik anak perempuannya?                                                          [3 markah]

      -  Hajah Derisah terlalu memanjakan anak perempuannya
      -  memberikan apa sahaja yang anaknya mahu
      -  tidak melarang apa sahaja yang ingin dibuat oleh anaknya

      (iii)  Pada pendapat anda , apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak remaja mereka terlibat dengan gejala yang tidak baik.                                                                                  [4 markah]

      -  memberi didikan agama secukupnya kepada anak-anak - supaya anak-anak dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak agama

      -  sentiasa mengambil tahu tentang aktiviti dan pergerakan anak-anak- contohnya mengambil tahu siapa rakan anak dan apa perkara yang dilakukan oleh anak-anak seharian

      -  sentiasa memberi kasih sayang dan nasihat kepada anak-anak - supaya anak berasa diri mereka disayangi dan akan mematuhi nasihat dan tunjuk ajar ibu bapa.

      (iv)  Kemukakan peristiwa yang berlaku kepada Rohani selepas peristiwa dalam petikan di atas.                                                                       [4 markah]

      -  Rohani telah bertengkar dengan ayahnya kerana Rohani bersikap biadap dan kurang ajar terhadap ayah Haji Pakir dan ibunya Hajah Derisah
      
      - Rohani telah dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya

      - Rohani meninggal dunia akibat ketagihan dadah

      (v)  senaraikan penggunaan gaya bahasa dalam petikan di atas dengan mengemukakan contoh yang sesuai.                                            [4 markah]

      -  penggunaan kata singkatan 'sinkof'- contohnya ; dah, tak , nak, ni  , tu

--   -  penggunaan peribahasa - contohnya ;  lidah tidak bertulang

      - simile - contohnya; - lepas bebas macam burung merpati

      (vi)  Kemukakan satu pengajaran yang anda peroleh dalam petikan diatas dan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan drama Arah Ke Mana antologi Kasut Kelopak Jantung.                                                             [4 markah]

      satu pengajaran dalam petikan di atas
-     -  Ibu bapa mestilah sentiasa mengambil tahu tentang hal anak-anak mereka - contohnya Hajah Derisah sepatutnya mengambil tahu hal anaknya Rohani dan tidak terlalu memanjakan anak perempuannya itu

d    dua pengajaran lain dalam keseluruhan drama 
      - Sebagai anak kita janganlah sesekali menderhaka dan tidak mentaati ibu bapa - Contohnya Rohani bertindak biadap dan tidak mentaati perintah bapanya Haji Pakir.

      -  Kita hendaklah menjauhi najis dadah - Rohani terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah sehingga meninggal dunia.
v)                   

 

          TUGASAN 3

            Baca sajak di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soala yang berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

             DIARI LAMA
            Oleh : SMahadzir



Di halaman diari ini aku amati selembar
tulisan
tentang perjuangan – bertitis air mata
mengalir
namun tak sederas darah yang tertumpah.

Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang

anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa,
makmur setiap ketika
sampai bila-bila.

i)  Dalam rangkap 1, penyajak terkenang kembali tentang perjuangannya untuk mencapai kemerdekaan negara kita.  Gambarkan perjuangan tersebut.  [3 markah]

-  para pejuang kemerdekaan menempuh pelbagai kesukaran dan kesedihan sehingga mengalir air mata
- ramai pejuang yang telah terkorban/meninggal dunia demi mempertahankan negara 


ii)  Penyajak meunjukkan semangat cintakan tanah air yang tinggi dalam rangkap ke 2.
Terangkan bagaimanakan penyajak menunjukkan semangat patriotik  tersebut. 
                                                                                                               [4 markah]

-  penyajak berasa bertuah kerana tinggal di sebuah negara yang merdeka

- Perayaan Hari Kebangsaan negara disambut setiap tahun dengan penuh gembira dan kesyukuran

- Perbarisan anak-anak Malaysia dengan penuh semangat di Dataran Merdeka

- Penyajak berharap kemerdekaan dan kemakmuran negara akan berkekalan sehingga bila-bila.

jawapan soalan komsas sila rujuk nota di buku Modul Komsas.


iii)   Nyatakan tema sajak Diari Lama.                                                         [3 markah]


iv)  Bincangkan empat unsur keindahan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak dengan mengemukakan contoh yang sesuai.                                          [4 markah]


iiv) Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah?                                                    [4 markah]

-   mendedahkan sejarah kemerdekaan tanah air dan kepentingan mempertahankan kemerdekaan dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

-  mengadakan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat sekolah setiap tahun untuk menunjukkan keprihatian pihak sekolah

-  memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti sepanjang sambutan Hari Kebangsaan seperti pertandingan nyanyian lagu patrotik, melukis poster tokoh perjuang tanah air, pertandingan pidato, mendeklamasi sajak patriotik dan sebagainya untuk memupuk semangat menghargai kemerdekaan negara

- Persatuan atau kelab di sekolah boleh menganjurkan lawatan ke Tugu Negara, Muzium atau tempat-tempat bersejarah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air

- Menganjurkan aktiviti yang boleh mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah yang berbilang bangsa supaya saling menghormati, bertoleransi dan bersatu padu demi mempertahankan keharmonian dan kemerdekaan tanah air.


SELAMAT MENYIAPKAN TUGASAN ANDA


Cikgu Chom

Tiada ulasan: