HALAMAN 2

Khamis, 16 Februari 2017

LATIHAN TATABAHASA TINGKATAN 1 CEMPAKA DAN 1 ANGGERIK 2017


LATIHAN TATABAHASA TINGKATAN 1 CEMPAKA & 1 ANGGERIK 2017

Assalamualaikum & selamat sejahtera anak-anak murid cikgu
kelas 1 Anggerik dan 1 Cempaka yang rajin dan budiman sekalian.
Sila salin latihan. Maklumkan kepada rakan-rakan yang belum mendapat maklumat ya.
terima kasih.

TAJUK:  MENGENAL PASTI FRASA
ARAHAN:
1. SALIN LATIHAN DAN JAWAPAN DALAM BUKU LATIHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.


LATIHAN 1
Nyatakan jenis-jenis frasa yang bergaris berikut.
Tuliskan semula frasa yang bergaris dan jawapan anda .

Frasa Nama  (FN)
Frrasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi Nama (FSN)

contoh:
Kakak menanam pokok bunga di halaman.
Jawapan:
menanam pokok - frasa kerja (FN)


Bapa saya pegawai tentera  yang sangat tegas.
jawapan:
pegawai tentera - Frasa Nama (FN)
sangat tegas     -  Frasa Adjektif (FA)


1.  Salmah membuat latihan Bahasa Melayu di dalam kelas.
 

2.  Pemuda itu menbaiki motosikalnya

3.  Ramlah di perpustakaan sejak pagi tadi.

4.  Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa.

5.  Halim dan Halimah sangat pandai dalam mata pelajaran Matematik.

6.  Bapa Ramli seorang guru.

7.  Para penari kebudayaan itu dari Indonesia.

8.  Para pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat.

9.  Pokok kelapa itu bergoyang-goyang ditiup angin kencang

10.   Adik sedang mendengar radio di dalam bilik.

11.   Kami membantu ibu menyediakan makanan tengah hari di dapur.

12.   Pemandangan di desa itu sangat indah dan permai.

13.  Puan Hartika guru Kaunselor yang sangat baik hati.

14.  Kucing dan anjing itu berkelahi di tepi jalan raya.

15.  Semua warga sekolah mesti menjaga kebersihan dan keindahan kawasan sekolah.

16.  Ibu menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh.

17.  Pasu-pasu bunga itu pecah apabila dilanggar oleh kucing itu.

18.  Kami di dalam rumah ketika kejadian rompakan itu berlaku.

19.  Baju yang dipakai oleh Fatimah sangat mahal.

20.  Bungkusan itu untuk adik sempena hari lahirnya.